April 28, 2011

Ya Allah....

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....
"Seluruh jiwa aku serahkan padaMu... Dengan rela hati dan tanpa ragu2.. 
Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang disembah selain Allah,
dan aku naik saksi bahawa nabi muhammad itu pesuruh Allah..
Aku memohon kepada mu Ya Allah, ampunkan dosaku, ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku, keluargaku, sahabat2ku, guru-guruku, serta semua umat islam yg masih hidup mahupun yg telah meninggal dunia. Berkatilah hidupku selama didunia ini. Berilah dan kurniakanlah taufik dan hidayah kepadaku agar dapat menjalani kehidupan dengan lebih tenang.
Ya Allah, sesungguhnya kau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."

April 27, 2011

RiNdu....

Arini rase cam nak story mory pasal kawan2 aku time kat poli dulu..Tibe2 rase rindu pulak zaman blaja.. Kadang sampai t'pk2, bile la aku dapat JUMPA & MENGGILA ngn korg lg.. hik3... So,, bila rindu,, kenalah aku tgk balik gambar2 lama... tengah2 membelek PIC korg,, mula lah teringat balik kenangan2 lama... Ase cam nak nangis pon ade.. Sebab rindu yang t'amat sangat.. Sob.. Sob.. Sob.. =(
Ketahuilah wahai sahabat-sahabatku,, sesungguhnya aku sangat menyayangi kalian semua tidak kira ape pun dugaan dan rintangan yg berlaku.. Hanya tuhan sahaja yg tahu betapa aku perlukan kalian semua utk meneruskan perjuangan yg belum selesai ini..

Jum tengok same2 jum.. wink 2 *,*



Ni la classmate aku,, penuh ngn gelak tawa dan tangis.. hihi.. + ngn byk ragam plak tuh..
Ade jek kerenah yg sampai memeningkan kepala lecturer... Walau nampak kami berpuak,, tapi kami tetap bersatu hati.. Biase la bile PERSAHABATAN vs KEEGOAN. Tu yg buat berpecah belah kann..kann.. kann.. Ape2 pon,, DHK jan'08-dis'10 da BEST n TERBAIK di mata dan hati aku.. I LUV U ALL.. muah...

.................................................................................



Masuk 2nd pic.. 
 korg tw X ni sape?? ni lah bucuk aku.. Yang dianggap BF. Opsss... bukan Boy friend oke.. But Best friend.. Merangkap rumate aku time kat poli dulu.. Walaupon ade beberape sem aku x sebilik ngn dy,, Bilik dy tetap jd port utk aku melepak,, Hihi... Bilik dy bilik aku,, bilik aku, bilik aku jugak.. hahaha... bole X camtuh.. Kih3.. Kami stat rapat dari SEM 1 lg.. Kemane je die pegi aku mesti ikot.. Senang cite,, kat mane ade dy,, kat situ lah ade aku.. Tp bile mane jek aku pegi dy selalu xde.. Hohoho.. Sebab,, dy t'amat lah BZ orangnnye.. Al-Maklumlah,, bakal PM wanita yang pertama.. Mmg slalu BZ gini.. Ape nak buat,, LAYAN kan aje.. "Ibarat air dicincang takkan putus.."  walau gaduh mcm mane pon,, ( gaduh pon sebab aku suka cari pasal.. ngee~ ) PERSAHABATAN kami tetap maintain gitu.. hihi.. Bukan nak ckp besar,, tp ni lah hakikat....  LUV U SO MUCH my dear friend 
NURUL NADIA SURDIN..

.............................................................................


masuk plak ke PIC yg ke-3..
kat POLI kami di gelar SABAK BERNAM.. dalam erti kata yang lain,, SAHABAT BERENAM. Dalam enam2 nie,, masing2 sume berlainan GAYA dan CARA. yg ni ke timur, yg tu ke barat.. yg sinun ke sane,, yg sinin ke sini.. Macam2 pe'el.. hehehe... Dalam enam2 nie,, aku jek yg X slalu ngn dorg.. (sebab saya g melepak ngn si NADIA tuh.. hihi) Sory ek kawan2.. Nampak je PERSAHABATAN kami ni seGAH menara KLCC.. Tapi hakikatnye,, selalu bermasam muka.. Sume yg diluar sane Xtw.. (tp skg da tw kan,, sebab aku da t'cerita kat sini.. hehe =) ) .. To Sabak Bernam,,, aku sebenarnye Xtw ape salah aku kat korg,, jangan ingat aku X tw yg korg slalu ngumpat aku.. Kadang2 sedih gak,, even aku X slalu LEPAK ngn korg,, tp aku tetap jd bahan UMPATAN kan.. Ish,, Ish,, Ish,,, ape la salah aku kat korg kan.. kan.. mungkin aku kot yg X perasan salah aku.. Tp xpe,, I'M SORY K KAWAN2.. Walaupon aku tw SORY tu bukan PENGUBAT sume bende.. Aku tetap CAYANG korg dunia akhirat.. INSYA'ALLAH...


................................................................................



PIC ke-3 (wif my luvly lect..)
 SOK SEK SOK SEK... ade je citenye kannnnnnn..
ni la keje kami dikala tiada kelas dan selepas habis kelas.. huhu... biase la,, dalam sibuk2 ngn
RUTIN BELAJAR,, sempat lagi kami berGOSIP..
Al-Maklum r,, JH segalanye dihujung MULUT.. kan..kan..kan.. kerh..kerh.kerh..
Dan biase la,, da menjadi adat,, PEREMPUAN mmg kaki GOSIP.. huhu... tipu la kalau ade org kate dy X penah berGOSIP kan,, 
Kalau betul la ade yg X penah berGOSIP tuh,, cecite-cecite sape??.. huhuhuhuhu...  yg X tahan,, kami bole berGOSIP kat opis tuh..  fuyoohhh...
DONT DO THIS AT HOME K..
X elok utk kesihatan.. hik3..

.......................................................................


Seterusnye.... PIC yg terakhir
Sedang asyik aku berkawan2 di poli terCHENTA,, aku tetap t'igt kat kawan aku yg dah jd NURSE skg.. Ase seronok dapat kenal ngn dy even 1 SEM jek.. (sekejapkan...) Hurm,, tp kami tetap berkawan baik sehingga skg nie.. Kdg t'PK gak aku,, kalaulah dy still blaja ngn aku sampai SEM AKHIR,, mesti best kan.. Tp xpe la,, REZKI dy bukan disini.. tp kat tempat lain.. to ZAZA, aku doakan yg terbaik utk kau k..


tamat la sudah.. len kali cite lg ek.. mata pon da naik juling tgk laptop nieyh.. hihihi...

April 26, 2011

10 PETANDA JODOH KITA..


Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya

April 25, 2011

bOsAn...

Argghhhhhhh... Sumpah aku da bosan.. cakap sket, nak mara..
T'lebih cakap nak touching.. Ko igt ko sorg jek yg penat?? Aku lg penat.. Nak kata ko x kenal aku,, ko kenal.. So,, maknenye mesti la da tw aku cmne.. Lantak kau la pasni nak SENTAP ke,, TOUCHING ke.. AAK! malas nak layan da.. Syuuhhhh... G main jauh2 sane.. Penat.

Bosan tw X..


pEnDinG....





Hahahahahaha... ade org kate aku ni siang malam PENDING..
 Persoalan yang bermain difikaran aku,, Yeke aku nie PENDING..??
 Kih..Kih..Kih..
Aku rase aku pending bila malam jek..
Al-Maklum r,, da mengantok, for sure org cakap aku layan jek.. org bercerita aku diam.. Hahahaha....
No Respone.. Ibarat mcm tengah amek dadah.. Orang bercerita aku sangka orang tgh mendodoikan aku tido..  Wahh,,, kejam kannnnn.. Hehehe.. Ape-ape pon,, aku X berniat nak wat camtuh..  Harap maaf la ye Cik Non... huhuhu.. 



iSnIN....

Ni lah hari yang paling malas sekali utk datang b'Kerja..
Selagi X tutup mata Keje..Keje..Keje..
Bile tahun kerja nak abes pon aku X tahu.. hehe..
Datang keje je issue CEK..Asal keje je kira DUIT..
tp sume atas nama orang lain..
Kalau la DUIT & CEK tuh aku yang punye..
Hurm,, Alangkah bestnye dunia nieyh..


wah,,, manyak x duit kite... huhuhu

April 23, 2011

1st Post...

Wahh,,, Setelah 3 bulan blog nie siap, ni kali PERTAMA saya nak b'Blogger... Ngee~
Thnx to p'creator blog.. wink2. 


 

kepada Blogger handal diluar sana,, tolong beri tunjuk ajar ye.. :)